BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS
Photobucket

"Ya Allah, jangan Engkau memberikan kepadaku
dari kenikmatan dunia yang terlalu banyak
agar
aku tidak melampaui batas larangan-Mu.
Jangan pula terlalu sedikit sehingga

aku lupa kepada-Mu.
Sesungguhnya yang sedikit tapi mencukupi,

lebih baik bagiku
daripada yang banyak tetapi melalaikan"

Tuesday, August 17, 2010

You make me learn what love is??


First I saw you, you said love come without we know..

You told me that love is only one special feeling come from heart for the one you loved..

Love is different for each person..It’s same like love to Allah.. the first and last love..

Love just for the one that you feelings, belief and make you will stay forever with it..

Then you told me that everything you do for me are love..

Until the time came you leave me.. And you give the love for the others..

I thought love it’s like that..

But you forgot to teach me that love is never change where ever you are,

Whoever you are, how long you are staying..

Love is never change it’s same like love to Allah..

Finally, one thing I learn without you taught..

Whatever happens, I’ll stay for my love..Because love it’s a feelings which I cannot changed when I loved..


~By annie~

~Love to ALLAH SWT~

Monday, August 16, 2010

Siti Fatimah r.a



Gembira hatinya, gembiralah Rasulullah s. a. w. Tertitis air matanya, berdukalah baginda. Dialah satu-satunya puteri yang paling dikasihi oleh junjungan Rasul selepas kewafatan isterinya yang paling dicintai, Siti Khadijah. Itulah Siti Fatimah r. a., wanita terkemuka di dunia dan penghuni syurga di akhirat.

Bersuamikan Sayyidina Ali bukanlah satu kebanggaan yang menjanjikan kekayaan harta. Ini adalah kerana Sayyidina Ali yang merupakan salah seorang daripada empat sahabat yang sangat rapat dengan Rasulullah s. a. w., merupakan kalangan sahabat yang sangat miskin berbanding dengan yang lain.

Namun jauh di sanubari Rasulullah s. a. w. tersimpan perasaan kasih dan sayang yang sangat mendalam terhadapnya. Rasulullah s. a. w. pernah bersabda kepada Sayyidina Ali,"Fatimah lebih kucintai daripada engkau, namun dalam pandanganku engkau lebih mulia daripada dia."(Riwayat Abu Hurairah)

Wanita pilihan untuk lelaki pilihan. Fatimah mewarisi akhlak ibunya Siti Khadijah. Tidak pernah membebani dan menyakiti suami dengan kata- kata atau sikap. Sentiasa senyum menyambut kepulangan suami hingga hilang separuh masalah suaminya. Dengan mas kahwin hanya 400 dirham hasil jualan baju perang kepada Sayyidina Usman Ibnu Affan itulah dia memulakan penghidupan dengan wanita yang sangat dimuliakan Allah di dunia dan di Akhirat.

Bukan Sayyidina Ali tidak mahu menyediakan seorang pembantu untuk isterinya tetapi sememangnya beliau tidak mampu berbuat demikian. Meskipun beliau cukup tahu isterinya saban hari bertungkus-lumus menguruskan anak-anak, memasak, membasuh dan menggiling tepung, dan yang lebih memenatkan lagi bila terpaksa mengandar air berbatu-batu jauhnya sehingga kelihatan tanda di bahu kiri dan kanannya.

Suami mana yang tidak sayangkan isteri. Ada ketikanya bila Sayyidina Ali berada di rumah, beliau akan turut sama menyinsing lengan membantu Siti Fatimah menggiling tepung di dapur. "Terima kasih suamiku," bisik Fatimah pada suaminya. Usaha sekecil itu, di celah-celah kesibukan sudah cukup berkesan dalam membelai perasaan seorang isteri.

Suatu hari, Rasulullah s. a. w. masuk ke rumah anaknya. Didapati puterinya yang berpakaian kasar itu sedang mengisar biji-biji gandum dalam linangan air mata. Fatimah segera mengesat air matanya tatkala menyedari kehadiran ayahanda kesayangannya itu. Lalu ditanya oleh baginda, "Wahai buah hatiku, apakah yang engkau tangiskan itu? Semoga Allah menggembirakanmu." Dalam nada sayu Fatimah berkata, "Wahai ayahanda, sesungguhnya anakmu ini terlalu penat kerana terpaksa mengisar gandum dan menguruskan segala urusan rumah seorang diri. Wahai ayahanda, kiranya tidak keberatan bolehkah ayahanda meminta suamiku menyediakan seorang pembantu untukku?" Baginda tersenyum seraya bangun mendapatkan kisaran tepung itu. Dengan lafaz Bismillah, Baginda meletakkan segenggam gandum ke dalam kisaran itu. Dengan izin Allah, maka berpusinglah kisaran itu dengan sendirinya. Hati Fatimah sangat terhibur dan merasa sangat gembira dengan hadiah istimewa dari ayahandanya itu. Habis semua gandumnya dikisar dan batu kisar itu tidak akan berhenti selagi tidak ada arahan untuk berhenti, sehinggalah Rasulullah s. a. w. menghentikannya.

Berkata Rasulullah s. a. w. dengan kata-kata yang masyhur, "Wahai Fatimah, Gunung Uhud pernah ditawarkan kepadaku untuk menjadi emas, namun ayahanda memilih untuk keluarga kita kesenangan di akhirat." Jelas, Baginda Rasul mahu mendidik puterinya bahawa kesusahan bukanlah penghalang untuk menjadi solehah. Ayahanda yang penyayang terus merenung puterinya dengan pandangan kasih sayang, "Puteriku, mahukah engkau kuajarkan sesuatu yang lebih baik daripada apa yang kau pinta itu?" "Tentu sekali ya Rasulullah," jawab Siti Fatimah kegirangan. Rasulullah s. a. w. bersabda, "Jibril telah mengajarku beberapa kalimah. Setiap kali selesai sembahyang, hendaklah membaca 'Subhanallah' sepuluh kali, Alhamdulillah' sepuluh kali dan 'Allahu Akbar' sepuluh kali. Kemudian ketika hendak tidur baca 'Subhanallah', 'Alhamdulillah' dan 'Allahu Akbar' ini sebanyak tiga puluh tiga kali."

Ternyata amalan itu telah memberi kesan kepada Siti Fatimah. Semua kerja rumah dapat dilaksanakan dengan mudah dan sempurna meskipun tanpa pembantu rumah. Itulah hadiah istimewa dari Allah buat hamba-hamba yang hatinya sentiasa mengingatiNya

Buat renungan semua: Orang yang berfikiran besar banyak memperkatakan ilmu Orang yang berfikiran sederhana banyak memperkatakan peristiwa Orang yang berfikiran rendah banyak memperkatakan manusia Orang yang berfikiran cetek banyak memperkatakan diri mereka

Nabi SAW bersabda, ada 4 perkara yang dipandang baik, tetapi 4 lagi dipandang lebih baik :
1. Sifat malu dari lelaki adalah baik, tetapi dari perempuan adalah lebih baik,
2. Adil dari setiap orang adalah baik, tetapi dari pemimpin adalah lebih baik,
3. Bertaubat dari orang tua adalah baik, tetapi dari orang muda adalah lebih baik,
4. Derma dan sedekah dari orang kaya adalah baik, tetapi dari orang fakir adalah lebih baik.


~Sekian Wasalam~

Wahai Nabi ku...


v Untuk renungan dan peringatan bersama wahai saudara saudari ku…

Daripada Ibnu Mas'ud r.a., bahawasanya dia berkata: "Ketika ajal Rasulullah saw sudah dekat, baginda mengumpul kami di rumah Siti Aishah r.a

Kemudian baginda memandang kami sambil berlinangan air matanya, lalu bersabda: Marhaban bikum, semoga Allah memanjangkan umur kamu semua, semoga Allah menyayangi, menolong dan memberikan petunjuk kepada kamu. Aku berwasiat kepada kamu, agar bertakwa kepada Allah. Sesungguhnya aku adalah sebagai pemberi peringatan untuk kamu. Janganlah kamu berlaku sombong terhadap Allah."

"Allah berfirman: Kebahagiaan dan kenikmatan di akhirat kami jadikan untuk orang-orang yang tidak ingin menyombongkan dirinya dan membuat kerosakan di muka bumi. Dan kesudahan syurga itu bagi orang-orang yang bertakwa."

Kemudian kami bertanya: "Bilakah ajal baginda ya Rasulullah?"

Baginda menjawab: "Ajalku telah hampir, dan akan pindah ke hadrat Allah, ke Sidratulmuntaha dan ke Jannatul Makwa serta ke Arsyila."

Kami bertanya lagi: "Siapakah yang akan memandikan baginda ya Rasulullah?"

Rasulullah menjawab: "Salah seorang ahli bait."

Kami bertanya: "Bagaimana nanti kami mengafani baginda ya Rasulullah?"

Baginda menjawab: "Dengan bajuku ini atau pakaian Yamaniyah."

Kami bertanya: "Siapakah yang mensolatkan baginda di antara kami?" Kami menangis dan Rasulullah saw pun turut menangis.

Kemudian baginda bersabda: "Tenanglah, semoga Allah mengampuni kamu semua. Apabila kamu semua telah memandikan dan mengafaniku, maka letaklah aku di atas tempat tidurku, di dalam rumahku ini, di tepi liang kuburku. Kemudian keluarlah kamu semua dari sisiku. Maka yang pertama-tama mensolatkan aku adalah sahabatku Jibril as. Kemudian Mikail, kemudian Israfil kemudian Malaikat Izrail (Malaikat Maut) beserta bala tenteranya.

Kemudian masuklah anda dengan sebaik-baiknya. Dan hendaklah yang mula solat adalah kaum lelaki dari pihak keluargaku, kemudian yang wanita-wanitanya, dan kemudian kamu semua."

SEMAKIN TENAT

Semenjak hari itu, Rasulullah saw bertambah sakitnya yang ditanggungnya selama 18 hari. Setiap hari, ramai yang mengunjungi baginda, sampailah datangnya hari Isnin, disaat baginda menghembuskan nafasnya yang terakhir. Sehari menjelang baginda wafat iaitu pada hari Ahad, penyakit baginda semakin bertambah serius. Pada hari itu, setelah Bilal bin Rabah selesai mengumandangkan azannya, dia berdiri di depan pintu rumah Rasulullah, kemudian memberi salam: "Assalamualaikum ya Rasulullah?"

Kemudian dia berkata lagi: "Assolah yarhamukallah."

Fatimah menjawab: "Rasulullah dalam keadaan sakit."

Maka kembalilah Bilal ke dalam masjid. Ketika bumi terang disinari matahari siang, maka Bilal datang lagi ke tempat Rasulullah, lalu dia berkata seperti perkataan yang tadi.

Kemudian Rasulullah memanggilnya dan menyuruh dia masuk. Setelah Bilal bin Rabah masuk,

Rasulullah saw bersabda: "Saya sekarang berada dalam keadaan sakit. Wahai Bilal, kamu perintahkan sahaja agar Abu Bakar menjadi imam dalam solat."

Maka keluarlah Bilal sambil meletakkan tangan di atas kepalanya sambil berkata: "Aduhai, alangkah baiknya bila aku tidak dilahirkan ibuku?" Kemudian dia memasuki masjid dan memberitahu Abu Bakar agar beliau menjadi imam dalam solat tersebut. Ketika Abu Bakar r.a. melihat ke tempat Rasulullah SAW yang kosong, sebagai seorang lelaki yang lemah lembut, dia tidak dapat menahan perasaannya lagi, lalu dia menjerit dan akhirnya dia pengsan. Orang-orang yang berada di dalam masjid menjadi bising sehingga terdengar oleh Rasulullah saw.

Baginda bertanya: "Wahai Fatimah, suara apakah yang bising itu?"

Siti Fatimah menjawab: "Orang-orang menjadi bising dan bingung kerana Rasulullah saw tidak ada bersama mereka."

Kemudian Rasulullah saw memanggil Ali bin Abi Talib dan Abbas r.a. Sambil dibimbing oleh mereka berdua, maka baginda berjalan menuju ke masjid. Baginda solat dua rakaat.

Setelah itu baginda melihat kepada orang ramai dan bersabda: "Ya ma aasyiral Muslimin, kamu semua berada dalam pemeliharaan dan perlindungan Allah. Sesungguhnya Dia adalah penggantiku atas kamu semua, setelah aku tiada. Aku berwasiat kepada kamu semua agar bertakwa kepada Allah SWT kerana aku akan meninggalkan dunia yang fana ini. Hari ini adalah hari pertamaku memasuki alam akhirat, dan sebagai hari terakhirku berada di alam dunia ini."

MALAIKAT MAUT DATANG BERTAMU

Pada hari esoknya iaitu pada hari Isnin, Allah mewahyukan kepada Malaikat Maut supaya dia turun menemui Rasulullah saw dengan berpakaian sebaik-baiknya. Dan Allah menyuruh Malaikat Maut mencabut nyawa Rasulullah saw dengan lemah lembut. Seandainya Rasulullah menyuruhnya masuk, maka dia dibolehkan masuk. Tetapi jika Rasulullah saw tidak mengizinkannya, dia tidak boleh masuk dan hendaklah dia kembali sahaja.

Maka turunlah Malaikat Maut untuk menunaikan perintah Allah SWT. Dia menyamar sebagai seorang biasa. Setelah sampai di depan pintu tempat kediaman Rasulullah saw,

Malaikat Maut itupun berkata: "Assalamualaikum wahai ahli rumah kenabian, sumber wahyu dan risalah!"

Fatimah pun keluar menemuinya dan berkata kepada tamunya itu: "Wahai Abdullah (hamba Allah), Rasulullah sekarang dalam keadaan sakit."

Kemudian Malaikat Maut itu memberi salam lagi: "Assalamualaikum, bolehkah saya masuk?"

Akhirnya Rasulullah saw mendengar suara Malaikat Maut itu, lalu baginda bertanya kepada puterinya Fatimah: "Siapakah yang ada di muka pintu itu?"

Fatimah menjawab: "Seorang lelaki memanggil baginda. Saya katakan kepadanya bahawa baginda dalam keadaan sakit. Kemudian dia memanggil sekali lagi dengan suara yang menggetarkan sukma."

Rasulullah saw bersabda: "Tahukah kamu siapakah dia?"

Fatimah menjawab: "Tidak wahai baginda."

Lalu Rasulullah saw menjelaskan: "Wahai Fatimah, dia adalah pengusir kelazatan, pemutus keinginan, pemisah jemaah dan yang meramaikan kubur.

Kemudian Rasulullah saw bersabda: "Masuklah, wahai Malaikat Maut."

Maka masuklah Malaikat Maut itu sambil mengucapkan: "Assalamualaika ya Rasulullah."

Rasulullah saw pun menjawab: "Waalaikassalam ya Malaikat Maut. Engkau datang untuk berziarah atau untuk mencabut nyawaku?"

Malaikat Maut menjawab: "Saya datang untuk ziarah sekaligus mencabut nyawa. Jika tuan izinkan akan saya lakukan. Jika tidak, saya akan pulang."

Rasulullah saw bertanya: "Wahai Malaikat Maut, di mana engkau tinggalkan kecintaanku Jibril?"

Jawab Malaikat Maut: "Saya tinggal dia di langit dunia."

Baru sahaja Malaikat Maut selesai bicara, tiba-tiba Jibril a.s. datang lalu duduk di samping Rasulullah saw.

Maka bersabdalah Rasulullah saw: "Wahai Jibril, tidakkah engkau mengetahui bahawa ajalku telah dekat?"

Jibril menjawab: "Ya, wahai kekasih Allah."

KETIKA SAKARATUL MAUT:

Seterusnya Rasulullah saw bersabda: "Beritahu kepadaku wahai Jibril, apakah yang telah disediakan Allah untukku di sisinya?"

Jibril pun menjawab: "Bahawasanya pintu-pintu langit telah dibuka, sedangkan malaikat-malaikat telah berbaris untuk menyambut rohmu."

Baginda saw bersabda: "Segala puji dan syukur bagi Tuhanku. Wahai Jibril, apa lagi yang telah disediakan Allah untukku?"

Jibril menjawab lagi: "Bahawasanya pintu-pintu Syurga telah dibuka, dan bidadari-bidadari telah berhias, sungai-sungai telah mengalir, dan buah-buahnya telah ranum, semuanya menanti kedatangan rohmu."

Baginda saw bersabda lagi: "Segala puji dan syukur untuk Tuhanku. Beritahu lagi wahai Jibril, apa lagi yang disediakan Allah untukku?"

Jibril menjawab: "Aku memberikan berita gembira untuk tuan. Tuanlah yang pertama-tama diizinkan sebagai pemberi syafaat pada hari kiamat nanti."

Kemudian Rasulullah saw bersabda: "Segala puji dan syukur aku panjatkan untuk Tuhanku. Wahai Jibril beritahu kepadaku lagi tentang khabar yang menggembirakan aku."

Jibril a.s. bertanya: "Wahai kekasih Allah, apa sebenarnya yang ingin tuan tanyakan?"

Rasulullah saw menjawab: "Tentang kegelisahanku. Apakah yang akan diperolehi oleh orang-orang yang membaca Al-Quran sesudahku? Apakah yang akan diperolehi orang-orang yang berpuasa pada bulan Ramadhan sesudahku? Apakah yang akan diperolehi orang-orang yang berziarah ke Baitul Haram sesudahku?"

Jibril menjawab: "Saya membawa khabar gembira untuk baginda. Sesungguhnya Allah telah berfirman: Aku telah mengharamkan Syurga bagi semua Nabi dan umat, sampai engkau dan umatmu memasukinya terlebih dahulu."

Maka berkatalah Rasulullah saw: "Sekarang, tenanglah hati dan perasaanku. Wahai Malaikat Maut dekatlah kepadaku."

Lalu Malaikat Maut pun mendekati Rasulullah saw.

Ali r.a. bertanya: "Wahai Rasulullah saw, siapakah yang akan memandikan baginda dan siapakah yang akan mengafaninya?"

Rasulullah menjawab: "Adapun yang memandikan aku adalah engkau wahai Ali, sedangkan Ibnu Abbas menyiramkan airnya dan Jibril akan membawa hanuth (minyak wangi) dari dalam Syurga."

Kemudian Malaikat Maut pun mulai mencabut nyawa Rasulullah saw. Ketika roh baginda sampai di pusat perut, baginda berkata: "Wahai Jibril, alangkah pedihnya maut."

Mendengar ucapan Rasulullah itu, Jibril a.s. memalingkan mukanya.

Lalu Rasulullah saw bertanya: "Wahai Jibril, apakah engkau tidak suka memandang mukaku?"

Jibril menjawab: "Wahai kekasih Allah, siapakah yang sanggup melihat muka baginda, sedangkan baginda sedang merasakan sakitnya maut?"

Akhirnya roh yang mulia itupun meninggalkan jasad Rasulullah saw.


Thursday, August 12, 2010

Buat diriku & Ramadhan..


"Ya ALLAH..

perbaikilah untukku agamaku yg merupakn pengjaga urusanku..

dan perbaikilah untukku duniaku yg dlmnya adalah kehidupanku

dan perbaikilah untukku akhiratku yg kepadanya aku kembali,

dan jadikalah kehidupan ini untuk aku berbuat kebaikan,

dan kematian meghentikanku drpd setiap kejahatan...

Ya ALLAH..

bebaskanlah aku drpd seksa api neraka,

dan lapangkanlah untukku rezeki yg halal

dan palingkanlah drpdku kefasikan jin dan manusia,

wahai Zat Yg Hidup dan terus-menerus mengurus makhluk-NYA..

Ya ALLAH..

jadikanlah puasaku di dalamnya mendapatkan pahala

serta diterima sbg amalan yg mendatangkan keredhaan-MU

dan drpd Rasul-MU serta dihubungkan cabang-cabangnya dgn pokok

dgn hak kemuliaan Nabi Muhammad s.a.w yg suci..."

Amin..


Thursday, April 8, 2010

Siapa Aku di Depan TUHANKU??

SUBUHNYA...
Dimana ku berada,
Masih enak di dalam kelambu rindu,
Sambil berfoya-foya dgn waktu,
Masa bagaikan menderu,
Langkah tiada arah tuju,
Fikiran terus bercelaru,
Terlupa ku semakin dihujung waktu,
Siapa aku didepan TUHANKU?

ZOHORNYA...
Aku lebih memikirkan kelaparan, kehausan dan rehatku,
Aku lebih mementingkan tuntutan jawatanku,
Aku bertolak ansur dengan waktu,
Aku terlupa betapa besar kerugian,
Jika kumenggadaikan sebuah ketaatan,
Siapa aku didepan TUHANKU?

ASARNYA...
Aku lupa warna masa,
Cepat berubah bagaikan ditolak-tolak,
Aku masih dengan secawan kopi,
Terlalu panas tak dihujung kepala,
Aku masih bercerita,
Tentang si Tuah yang setia dan si Jebat yang derhaka,
Siapa aku di depan TUHANKU?

MAGHRIBNYA...
Aku melihat warna malam,
Tapi aku masih berlegar disebalik tabirnya,
Mencari sisa-sisa keseronokan,
Tidak terasa ruang masa yang singkat,
Jalan yang bertingkat-tingkat,
Siapa aku di depan TUHANKU?

ISYA'NYA...
Kerana masanya yang panjang,
Aku membiarkan penat menghimpit dadaku,
Aku membiarkan kelesuan mengganguku,
Aku rela terlena sambil menarik selimut biru,
Bercumbu-cumbu dengan waktuku,
Siapa aku di depan TUHANKU?

Kini aku menjadi tertanya-tanya,
Sampai bila ku melambatkan sujudku,
Apabila azan berkumandang lagi,
Aku tidak akan membiarkan Masjid sepi,
Kerana dihujung hidup ada mati,
Bagaimana jenazah dibawa solat disini,
Jika ruangku dibiar kosong,
Jika wajahku menjadi asing,
Pada mentari dan bintang-bintang...


Saturday, January 9, 2010

Mari Kita Fikir dan lakukan.

Aku ingin berkongsi sesuatu tentang manusia pada akhir zaman ini. Kisah ni adalah kisah benar, bukan tujuan untuk memalukan orang-orang tertentu tapi untuk mengajak kita berfikir dan sebagai ingatan dan teladan..

Kisah mula aku balik dari kelas, tunggu bas nak balik ke hostel, pada masa tu ada seorang lelaki berumur dalam lingkungan 30 macam tu lah lalu di hadapan kami, tetiba orang sebelah ku ketawakan lelaki tu,dengan malu lelaki itu melangkah dengan cepat!,aku melihat orang itu tidak ada cacat pun, malah berjalan dengan sopan dan merendahkan pandangan. Selepas dalam 20kaki jauh lelaki tu berlalu, orang sebelah ku terus bercerita memberitahu cara pemakaian orang itu amat melucukan. Dengan berseluar lebar, t-shirt masuk dalam seluar, kemas apa bagi aku, tapi bagi dorang adalah satu perkara yang melucukan. Orang tu berkata “no style, lucu giler,haha dah tu jalan macam tu plak!hahahaa”..aku merasakan geram cara dorang megetawakan orang tu, lalu aku pun membalas kata2 dorang, “tidak ada yang lucu pada orang tu, malah dia berpakaian menutup aurat lebih dari perempuan sekarang, dia tidak bertelanjang, kalau orang tu adalah keluarga kita, tidak pun ayah kita, tidak kah sakit hati bila orang ketawakan dia,so belajarlah hormati orang tidak melihat taraf dia.” Dorang pun berhenti dari ketawa, dan memukul slow di bahu ku..sambil senyum..”hehe”..

Satu lagi kisah bila aku terdengar kawan sekelas ku bercerita sambil ketawa yang amat lucu. Pada masa tu laptop aku on zikir pada media player lah konon. Pastu sorang demi sorang kata “pakai jubah pastu tudung labuh”..”pastu berpurdah lagi…hahaha”…”ada lagi pakai cermin mata hitam, satu apapun tidak nampak..hahahaa..”macam2 dorang cerita tentang perkara yang baik2 nih, adalah tidak lucu dan tidak salah..”Astagfirullah…Astagfirullah…Astagfirullah..”,lain ceritalah kalau perkara ni di salah gunakan..hermmm…

Ada lagi kisah nih juga betul2 lah aku geram..masa balik dari kelas malam, dalam bas dengan kawan2 aku, dorang pun bercerita tentang pekerjaan..dengan bangga dan lancar dorang cerita pasal lelaki yang kerja sebagai polis,tentera, pilot, engineer, macam2 lah..tetiba ada sorang yang start mengutarakan kerja2 yang low standard lah..dia kata “kalau kerja tukang jual, pastu mengangkat sampah, kerja security,..dan bla…bla..bla..dorang bercerita dan berketawaan..aku berfikir adalah tidak salah pekerjaan yang halal itu..malah dorang lagi yang harus di puji kerna sanggup melakukan tugas tu..jika di banding dengan polis atau tentera tu, belom tentu halal rezki yang dapat tu,”Wallahu’alam”…siapa yang tahu..

Kenapa kita mudah mengetawakan orang tanpa berfikir dengan otak yang dikurniakan pada kita, fikirlah sekiranya orang itu mempunyai talian darah dengan kita..tidak pun kita di letak di situasinya…syukur lah kita dengan apa yang kita ada..Alhamdulillah dengan segala kurniaan, janganlah mudah mengetawakan orang..adalah boleh dikatakan orang yang seperti ini, MALU BERBUAT BAIK..perkara baik seperti menutup aurat, melakukan kerja2 amal bagi dorang adalah lucu, tidak kah hina jika seorang Islam tidak menutup aurat,melakukan perbuatan yang haram dalam Islam tu..”Astagfirullah”..sebagai seorang manusia yang masih punya fikiran yang dikurniakan oleh ALLAH berfikirlah sejenak,jangan mudah mengetawakan perkara yang baik..mahasabahlah diri..cerita ini adalah sebagai peringatan dan pengajaran pada kita agar kita berfikir dengan akal kita, bukan berfikir dengan akal syaitan yang di rejam…

Wassalam..

Sunday, November 15, 2009

PERTANYAAN-PERTANYAAN PARA IMAM MAZHAB AGAR MENDAHULUKAN HADIS ATAU SUNNAH NABI SAW YANH SAHIH DAN MENINGGALKAN UCAPAN-UCAPAN YANG MENYALAHINYA.


Sebagai peringatan bersama, seperkara yang perlu kita fahami dan renungi ialah dalam kita menerima sesuatu kebenaran apatah lagi ianya merupakan satu yang bersifat(pasti) dari Baginda saw, maka seorang Muslim itu hendaklah berlapang dada serta berfikiran terbuka dalam menerima tentang menjadikan persoalan Mazhab atau amalan kebiasaan masyarakat sebagai garis penentu atau penghalang kepeda usaha menjelaskan sesuatu perkara yang haq(benar) dan bersabit dengan Rasulullah saw yang sahih.

Perlu kita sedari bahawa dikalangan para Imam Mazhab sendiri, mereka amat mementingkan Sunnah Rasulullah saw di atas ajaran mereka kerana hakikatnya pada mereka Sunnah Rasulullah saw itulah wajib diutamakan; bukannya ajaran mereka semata-mata. Dalam erti kata lainnya mereka amat melarang keras seseorang individu Muslim itu daripada berlaku taksub dan bertaklid secara membuta tuli terhadap apa sahaja yang di bawa atau di ajarkan oleh Mazhab-mazhab, syeikh-syeikh atau tok-tok guru tertentu tanpa menimbangkannya terlebih dahulu di atas neraca al-Quran dan As-Sunnah Rasulullah saw yang sahih.

Inilah manhaj atau prinsip dan ajaran para Imam Mujtahidin dalam menegakkan, membela serta mempertahankan sunnah Rasulullah saw. Merekalah (para Imam Mazhab) yang menyuruh kita untuk mengikuti dalil yang benar dan melarang kita daripada bertaklid membuta tuli kepada mereka ( apalagi selain daripada mereka) apabila dalil yang mereka bawakan itu adalah lemah dan telah jelas bagi kita. Mereka mengetahui bahawa semua pendapat boleh diterima dan boleh ditolak kecuali ucapan Nabi Muhammad saw kerana Baginda adalahmaksum, sedangkan mereka (termasuk ulama selain mereka) tidaklah sedemikian.

Setiap orang dari para Imam mazhab yang empat telah berwasiat kepada umat Islam seluruhnya agar mentaati al-Quran dan al-Sunnah sahih; bukan ajaran atau pendapat mereka semata-mata. Inilah mereka tegaskankerana menyedari akan hakikat sebenar diri mereka sebagai manusia biasa yang ada kelemahan dan kekurangan. Walaupun semua ini diiktiraf dan disanjung keilmuannya oleh orang ramai, mereka tetap dengan penuh rendah diri mengakui bahawa adakalanya mereka boleh tersilap atau kurang tepat dalam mengeluarkan pendapat mereka.

Berpijak di atas kenyataan ini, maka adalah lebih baik kiranya di sini saya paparkan sebahagian daripa ucapan-ucapan dari mereka. Di harap dengan pendedahan ini dapat menjadi pengajaran dan peringatan bagi mereka yang taklid kepada para Imam atau kepada ucapan manusia yang lainnya dengan cara membuta tuli. Berikut akan di paparkan wasiat-wasiat mereka, dimulai dengan tumpuan khas kepada wasiat Imam al-Syafi’ie r.h memendangkan majoriti atau kebanyakannya rakyat Malaysia cenderung dan mengaku sebagai pengikut setia kepada Mazhab Syafi’ie:

Wasiat al-imam Muhammad bin idris asy-syafi’ie

(pengasas mazha syafi’ie)

Katanya: setiap hadis yang sah daripada Rasulullah saw adalah juga ajaran aku walaupun engkau tidak pernah mendengarnya daripada aku sebelum ini.

Katanya: dalam setiap isu, apabila seseorang alhi Hadis itu menjumpai sebuah riwayat yang sahih daripada rasulullah saw dan riwayat itu pula bercanggah dengan ajaranku, maka aku menarik balik kembali ajaran aku yang asal tadi sama ada semasa aku masih hidup atau apabila aku sudah meninggal dunia.

Katanya: Pertama, sesuatau berita itu daripada Rasulullah saw wajib diterima. Kedua , berita tersebut ataupun hadis tersebut wajib diterima jika ianya telah disahkan(sahih) waaupun tiada di anatara imam-iamam sebelum ini yang mengamalkan atau mengajarkan sesuatau daripada hadis tersebut.

Katanya: Akan tetapi jika sunnah menyatakan bahawa seseorang itu harus melakukan sesuatu perkara itu sebegini-sebegini (sebagaimana yang diterangkan oleh hadis tersebut-pen), seseorang itu wajib meninggalkan apa yang sedang atau dia lakukan. Sesorang wajib meninggalkan amalan yang bertentangan dengan sunnah.

Maksudnya: setiap hadis (sahih) yang datang dari Nabi saw merupakan pendapatku walaupun kamu tidak pernah mendengarnya sendiri daripadaku(ajaranku).

Katanya: seluruhumat Islam berijma(bersepakat) bahawa orang yang telah jelas baginya (setelah diterangkan padanya akan) sunnah Rasulullah saw, tidak halal baginya untuk meninggalkan hanya disebabkan oleh orang lain( yakni mengikut pengaruh atau pendapat orang lain).

Katanya: Apabila kamu mengatahui suatu pendapatku yang ternyata menyalahi Hadis Nabi saw yang sahih , ketahuilah bahawa hal itu bererti pendapatku yang tidak berguna (yakni pendapatnya tidak boleh diamalkan).

Katanya: Setiap perkataanku apabila berlainan dengan riwayat sahih dari Nabi saw, hadis Nabi lebih utama (untuk diikuti) kepadaku.

Katanya: Hai Abu Ishaq, janganlah engkau mengikuti begitu sahaj segala yang aku ucapkan, kajilah (perhatikan dengan telietilah-pen) dahulu kerana apa yang aku ucapan ini adalah masalah agama.

Wasiat al-imam abu hanifah al-nu’man bin tsabit

(pengasas mazhab hanafi)

Katanya: sesungguhnya kami manusia (adakalanya benar dan adakalanya tersilap), kami berkata sesuatau pada hari ini kemungkinan kami akan menarik kembali kata-kata tersebut pada keesokkanya.

Katanya lagi: sekiranya aku berkata sesuatu yang bercanggah dengan kitab Allah(al-Quran) dan khabar(hadis) rasulullah saw. Maka tinggalkanlah pendapatku.

Katanya: Tidak halal bagi seseorang mengikuti perkataan kami bila dia tidak tahu dari mana kami mengambil sumbernnya(dalilnya).

Wasiat al-imam malik bin anas

(pengasas mazhab maliki)

Maksudnya: tidak ada perkataan manusia selepas Nabi kecuali sama ada iana diterima atau ditolak, melainkan perkataan Nabi saw.

Maksudnya ; sesungguhnya, aku ini manusia, ada salah ada betul. Maka, perhatikanlah pendapatku, setiap yang menepati Kitab san Sunnah, ambillah(penganglah) ia dan setiap yang bercanggah dengan kedua-duanya, maka tinggalkanlah.

Wasiat al-imam ahmad bi hanbal

(pengasas ,mazhab hanbali)

Maksudnya: janganlah kamu taklid ( ikut mambuta tuli) kepadaku dan jangan kepada Malik, al-Syafi’ie, al-Auzaie atau al-Tsauri tetapi ambillah dari sumber (dalil) mereka mengambil.

Maksudnya: pendapat alAuzaie, Malik, Abu Hanifah, semuanya hanya pendapat, padaku semuanya sama teteapi yang dikira hujah itu ailah atsar (hadis/sinnauh yang sahih).

Maksudnya: Sesiapa yang menolak (menentang/membantah) hadis Rasulullah saw (yang sahih), dia telah berada di tepi jurang kehancuran.

Maksudnya: Dapatkalah ilmu dengan cara yang ditempuh oleh para imam mujtahid dalam mendapatkan ilmu; dan janganlah berpuas hati dengan hanya bertaklid kerana taklid itu bagaikan orang buta.

Namun apa yang sangat dikesalkan ialah apabila ada dalam kalangan umat Islam yang kononnya mengaku sebagai pengikut Mazhab Syafi’ie kelihatan begitu keterlaluan dalam mentaati ajaran mazhab sehingga membalakangkan ketaatan begitu keterlaluan dalam mentaati ajaran mazhab sehingga membalakangkan ketaatan kepada al-Quran dan al-Sunnah yang sahih. Kerana kejahilan mereka terhadap sunnah Rasulullah ditambah dengan semangat taksub membuta tuli mereka kepada ajaran-ajaran mazhab, syaikh, tok guru, ustaz dan ustazah tertentu, menyebabkan mereka begitu mudah meninggalkan hadis sahih rasulullah dan mengenepikan wasiat Imam Syafi’ie ini.

Sungguhpun pun telah jelas pada mereka bahawa terdapat sebahagian daripada amalan atau penganggan mereka selama ini yang bercanggah dengan hadis atau sunnah Rasulullah saw yang sahih, namun ada dalam kalangan mereka yang begitu keras membela amalan dan pegangan tersebut. Sikap seperti ini dikenali sebagai syirik fi tawhid al-Ittiba’ yang barmaksud menyekutukan ketaatan kepada Allah dan Rasul-Nya sebagai penyumber Syari’at dengan sesuatu yang lain.

Ini kerana ketaatan dalam hal syari’at hanyalah kepada Allah dan Rasul-Nya iaitu al-Quran dan al-Sunnah yang sahih. Apabila seorang manusia manjadikan manusia yang lain sebagai sumber syari’at Islam yang ditaatinya, maka secara tidak langsung dia telah menjadikan manusia itu seolah-olah setaraf dengan kedudukan Allah dan Rasul-Nya. Dalam hari ini, Dr.Yusuf al-Qaradhawi berkata:

“Telah diketahui dengan pasti bahwa tidak ada kewajipan oleh Allah dan Rasul-Nya. Sedangkan Allah dan Rasul-Nya tidak mewajipkan kita mentaati orang-orang tertentu sekalipun memiliki ilmu yang luas…Tindakan (mentaati ajaran mazhab)bererti menempatkan para imam mazhab sebagai pembuat syari’at atau menganggap pendapat mereka sebagai dalil syaria’at yang tidak boleh dibantah…sehingga menyerupai perbuatan para Ahli kitab yang menjadikan rahib-rahib dan pendeta=pendeta (ulama’-ulama’) mereka sebagai tuhan selain Allah”

Diharap dengan adanya pendedahan yang cukup ringkas lagi sederhana ini dapat menjadi peringatan bagi mereka yang taklid kepada para imam atau kepada ucapan manusia yang lainnya dengan cara membuta tuli. Marilah kongsi bersama…Wallahu’alam..=)