BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

"Ya Allah, jangan Engkau memberikan kepadaku
dari kenikmatan dunia yang terlalu banyak
agar
aku tidak melampaui batas larangan-Mu.
Jangan pula terlalu sedikit sehingga

aku lupa kepada-Mu.
Sesungguhnya yang sedikit tapi mencukupi,

lebih baik bagiku
daripada yang banyak tetapi melalaikan"

Friday, March 25, 2011

Jenis Cantik | iluvislam.com + discover the beauty of islam

Jenis Cantik | iluvislam.com + discover the beauty of islam

muhasabah cintaku


Wahai... Pemilik nyawaku

Betapa lemah diriku ini

Berat ujian dariMu

Kupasrahkan semua padaMu



Tuhan... Baru ku sadar

Indah nikmat sehat itu

Tak pandai aku bersyukur

Kini kuharapkan cintaMu



Kata-kata cinta terucap indah

Mengalun berzikir di kidung doaku

Sakit yang kurasa biar jadi penawar dosaku



Butir-butir cinta air mataku

Teringat semua yang Kau beri untukku

Ampuni khilaf dan salah selama ini Ya ilahi....

Muhasabah cintaku...



Tuhan... Kuatkan aku

Lindungiku dari putus asa

Jika ku harus mati

Pertemukan aku denganMu...




Wednesday, March 23, 2011

Syukur Ku Sedar




Mata terpejam untuk ku tahan..
tangis ku linang berpanjangan..
makin ku lawan makin ku ronta..
tangis ku luruh bercucuran..


Makin ku lawan, makin ku sedih..
tangis ku tangis berlarutan..
Sandaran asmara hanyalah harapan..
esokku dambakan disisimu tak lagi ku angan…


Baru kusedar kenapa tercipta kesepian..
kenapa hidup harus berpasangan..
kerana TUHAN mahu menyatakan
cintaNYA kepada kita insan..



Syukur ku sedar sebelum bercerai nyawa badan..
sempatlah diri buat perhitungan..
janganlah pulang dengan kekesalan..
cintaNYA tak pernah ku Agungkan…



~Alhamdulillah~


Sunday, March 20, 2011

Jangan bersedih, sesungguhnya Allah bersama kita!






"Tiada suatu bencana pun yang menimpa di bumi dan (tidak pula) pada dirimu sendiri melainkan telah tertulis dalam kitab (Luh Mahfuzh) sebelum Kami menciptakannya. Sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi Allah. (Kami jelaskan yang demikian itu) supaya kamu jangan berdukacita terhadap apa yang luput dari kamu, dan supaya kamu jangan terlalu gembira terhadap apa yang diberikan-Nya kepadamu. Dan Allah tidak menyukai setiap orang yang sombong lagi membanggakan diri.." (Surah Al-Hadid: 22-23)


Mungkin kan terputus di tengah jalan

Mungkin kan terlerai tanpa ikatan

Usah ragu dengan takdir

Mungkin kita kan berbeza haluan

Berakhirnya cerita percintaan

Segalanya ketentuan Tuhan


Dan demikian lah juga soalnya jodoh, usah di tangisi yang bukan milikmu, serahkan pada Allah, sesungguhnya itu semua sudah tertulis di luh mahfuz, tiada yang dapat memadam takdir yang telah ditetapkan..usahlah bersedih kerana mungkin Allah mahu hadiahkan pelangi buat kita..bersyukurlah apa yang ada..kerana hanya kesyukuran itu dapat menyempurnakan segalanya di hati…usah di persoalkan tentang jodoh kerana yang jodoh itu bukan untuk dibanggakan tapi satu keperluan untuk kelengkapan bersama… berserahlah diri bersama hati untukNYA


" ... Barangsiapa bertaqwa kepada Allah, nescaya Dia akan membukakan jalan keluar bagiNya, dan Dia memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya. Dan barangsiapa bertawakkal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusanNya. Sungguh, Allah telah mengadakan ketentuan bagi setiap sesuatu." - [Surah Ath-Thalaq, 65: 2-3]


~cerita hati~




Friday, March 18, 2011

az Zumar : 38

Dan demi sesungguhnya! Jika engkau (wahai Muhammad) bertanya kepada mereka (yang musyrik) itu: "Siapakah yang mencipta langit dan bumi?" Sudah tentu mereka akan menjawab: "Allah". Katakanlah (kepada mereka): "Kalau demikian, bagaimana fikiran kamu tentang yang kamu sembah yang lain dari Allah itu? Jika Allah hendak menimpakan daku dengan sesuatu bahaya, dapatkah mereka mengelakkan atau menghapuskan bahayaNya itu; atau jika Allah hendak memberi rahmat kepadaku, dapatkah mereka menahan rahmatNya itu?" Katakanlah lagi: "Cukuplah bagiku: Allah (yang menolong dan memeliharaku); kepadaNyalah hendaknya berserah orang-orang yang mahu berserah diri".

Wednesday, March 16, 2011

titisan kesedihan luahan rasa


Wahai air mata, kau telah datang di kala hatiku memanggil mu..

Tatkala hati dalam kesedihan, kau bersedia menemaniku..

Hiba mu kerna rentak hati..

Hati yang senantiasa memerlukan mu..


Kau yang sentiasa mengerti akan hati..

Walau hati dalam kehancuran..

Walau hati dalam kekecewaan..

Walau hati dalam kerinduaan..

Walau hati dalam kerintihan..

Walau hati dalam kesakitan..

Walau hati dalam kegelisahan..

Walau hati dalam keputus asaan..


Terima kasih air mata

Kerana titisan kesedihan mu..

Mampu membina lautan ketabahan…

Kerana titisan kesedihan mu..

Mampu menyucikan kekotoran di hati..

Terima kasih air mata..

Kerana kau telah merawat segala kelukaan di hati..


Sabarlah duhai hati kecil..

Walaupun tiada siapa mengerti bisikan hati..

Namun air mata tetap akan bersedia menemani..


~heart creation~