BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS
Photobucket

"Ya Allah, jangan Engkau memberikan kepadaku
dari kenikmatan dunia yang terlalu banyak
agar
aku tidak melampaui batas larangan-Mu.
Jangan pula terlalu sedikit sehingga

aku lupa kepada-Mu.
Sesungguhnya yang sedikit tapi mencukupi,

lebih baik bagiku
daripada yang banyak tetapi melalaikan"

Saturday, November 6, 2010

kerjaya jadi kebimbangan cintaku..muhasabah untuk mengenal cintaNYA

(gambar hiasan)


Dengan nama Allah.. Maha Suci Allah yang telah menentukan kehidupan adalah sebaik2 kehidupan.. setiap insan di muka bumi ini berhak menentukan kehidupannya dengan izin Allah, tapi telah jadi kebimbangan ana yang sedang belajar dalam bidang kejururawatan.. hampir ana berputus asa untuk meneruskan pengajian ini..

Pernah ada seorang akhi menegur tentang pemakaian ana semasa berada di kelas atau waktu bekerja.. teguran itu menjadi kebimbangan hati.. tapi ana berfikir pasti ada hikmahnya mengapa Allah menemukan ana dengan kerjaya seperti ini..wa’allahualam..ana bermuhasabah diri memikirkan tentang kebimbangan hati ini.. “Ya Allah tunujukan kepada ku jalan yang benar jalan yang menuju dekat dengan MU Ya Rabb”.. kebimbangan hati ini tentang masa akan datang di mana ana bergelar seorang isteri, telah Allah berpesan Di dalam surah an-Nur ayat 26, Allah s.w.t. berfirman maksudnya: "Wanita-wanita yang keji adalah untuk lelaki-lelaki yang keji, dan lelaki-lelaki yang keji adalah untuk wanita-wanita yang keji. Dan wanita-wanita yang baik adalah untuk lelaki-lelaki yang baik dan lelaki-lelaki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik....." dimanakah kedudukan ana, sedangkan ana menginginkan seorang ‘Adam’ yang soleh cukup agama untuk ana bersama ke lembah kebahagian kejalanNYA.. ” Ada empat faktor mengapa perempuan di nikahi. pertama karena kekayaannya, kedua karena kecantikannya, ketiga karena keturunannya, keempat karena keagamaannya. Pilihlah faktor keagamaannya niscaya kalian pasti beruntung “. ( Al- Hadits ).. maka siapakah lagi yang yang ana harapkan..

Allah mengurniakan setiap makhluk itu akal untuk berfikir.. bukan untuk menghukum kesilapan.. Alhamdulillah hanya orang yang merasakan nikmat Allah itu sahaja yang tahu dan orang2 yang berfikir tentang kebesaran Allah.. Selama ana bekerja sebagai jururawat banyak yang telah ana belajar tentang kehidupan yang Allah berikan.. Subhanallah.. kalau tidak masakan ana dapat tahu semua itu.. banyak juga nilai2 yang murni masih ana idamkan.. mata ana dibukakan untuk melihat sekeliling dimana pesakit yang ana rawat terdiri daripada kaum adam dan hawa, tidak kira tua muda mahupun kanak2 dan akal untuk berfikir kebesaran, kecintaanNYA..

Kisah yang ana ingin kongsikan tetang kasih sayang.. Allah telah tunjukkan kasih sayangnya kepada hambaNYA.. masa ini lah ana melihat pesakit2 yang berzikir mengingati ALLAH.. masa ini lah ana dengar “moga taubat ku di terima”, ketika ini lah ana mendengar luahan pinta kecintaan kepada Tuhannya.. Maka telah ALLAH bukan hati ana untuk melihat, mendengar, merasakan segala nikmat kehidupan hanya seketika.. maka beruntunglah mereka yang berjalan di jalan akhirat kerana menuju dekat dengan Tuhannya…

Kasih isteri kepada suaminya.. kasih ibu kepada anaknya.. kasih ayah kepada anaknya.. kasih kekasih kepada saudara.. dan kasih Tuhan kepada hambaNYA… di mana pun kita di campakkan maka jangan mengeluh dengan kehidupan.. sesungguhnya Allah lebih tahu akan kebaikkan.. “Dan boleh jadi kamu benci akan sesuatu, sedangkan ia lebih baik bagi mu dan bole jadi kamu kasihi sesuatu, sedangkan ia melarat kepada mu..dan Allah Maha Mengetahui..” al-Baqarah:216..

Telah di bukakan mata hati ana untuk melihat segala penciptaan Tuhan.. Alhamdulillah..tidak megeluh ana dengan takdirnya.. moga dengan hati ini ana deberikan seorang kekasih pendamping yang menerima seadanya diri ana.. Waallahu’alam..

Friday, November 5, 2010

FIKIRLAH DUHAI WANITA..TENTUKAN PILIHAN MU..

(gambar hiasan)


Note yang ana nak kongsikan kali ini adalah berkaitan dengan kaum hawa. Ketika ana sedang menonton filem Islamic yang bertajuk “wanita berkalung sorban”..menceritakan tentang ketabahan seorang wanita dalam menjalani kehidupan, mencari erti kebebasan bagi dirinya dan kaum hawa..ketika dia ingin melanjutkan pelajarannya..orang tuanya tidak membenarkan kerna ada hukum agama..

Masalah ini juga jarang di ketahui oleh sebilangan wanita terutamanya yg masih remaja, yang punya impian untuk keluar Negara atau pergi keluar rumah. Tahukah saudara/ri ku yang bahawa wanita di haramkan berhijrah lebih dari tiga(3) hari ke luar Negara tanpa mahram atau suami hukumnya adalah haram.. berdalilkan hadis yang sahih..


بسم الله رحمن الرّحيم

محرم ذي مع إلا أيام ثلاثة ةالمرأ تسافر لا

"Janganlah seorang wanita bermusafir perjalanan tiga hari kecuali kecuali bersama mahram". Direkod dalam Sahih Bukhari (no: 1036) dan Muslim (no: 1338).

Larangan ini adalah meliputi semua bentuk perjalanan yang dinamakan musafir. (Syarah Sahih Muslim oleh Nawawi 9/103).

Berdasarkan hadis ini, haram seseorang wanita keluar musafir tanpa ditemani suami atau mahram, walaupun dia keluar bersama dengan wanita-wanita muslimah lain.

Kata Imam Nawawi tentang hukum wanita bermusafir untuk selain haji wajib, seperti haji sunat, urusan perniagaan, lawatan dan lain-lain. Katanya: "Setengah ulama mengatakan harus dengan ditemani wanita-wanita yang dipercayai, seperti masalah haji Islam. Dan Jumhur mengatakan hukumnya adalah HARAM kecuali ditemani suami atau mahram. Inilah pendapat yang sahih berdasarkan hadis-hadis yang sahih". (Syarah Muslim 9/104).

2. Samada musafir tersebut ke negara Islam atau bukan, hukumnya adalah sama iaitu mesti ditemani dengan suami atau mahram. Malah, hukumnya lebih berat jika ke negara bukan Islam, kerana ancaman terhadap muslimah di sana lebih kuat dan fitnah lebih besar.

Para ulama tidak mengesyorkan orang Islam melancong ke negara kufur kecuali atas alasan keperluan mendesak. Ia bagi mengelakkan ancaman terhadap akidah, agama, dan akhlak. Dalam masalah wanita bermusafir untuk mengerjakan haji, tetapi tidak ada mahram, ada pendapat yang mengharuskan jika dia bersama wanita lain yang dipercayai, dan perjalanannya dijamin selamat.

Pendapat ini dipilih dalam mazhab Syafie dan beliau menukilkan pendapat ini daripada Aisyah, Ibn Umar dan Ibn Zubair r.a. (rujuk Al-Umm 2/127)

Diriwayatkan juga Aisyah r.a. berkata, "Bukan semua wanita ada mahram". (Musannaf Ibn Abi Syaibah no: 15176).

Akan tetapi, ada juga pandangan yang menyatakan sekiranya terjamin keselamatan dan fitnah kepada si perempuan sepanjang perjalanannya, maka ianya dibenarkan. Itupun sekiranya perjalanan itu merupakan perjalanan yang perlu sahaja, bukan perjalanan tanpa tujuan. Majlis Fatwa Al-Azhar Mesir berpegang kepada pendapat ini. Menurut mereka, sebahagian ulamak mazhab Maliki dan yang Shafi’e membolehkan perempuan untuk bermusafir tanpa mahram sekiranya ada keperluan dan jalan yang akan ditempuhinya serta tempat yang akan didatanginya terjamin keselamatannya. Ini berdasarkan kepada sepotong hadith sahih Bukhari yang diriwayatkan oleh ‘Adiy bin Hatim:

Jika kamu panjang umur, nescaya kamu akan melihat wanita berjalan beresndirian dari Hirah (sebuah kawasan di Iraq) hingga melakukan tawaf di Ka’bah (Makkah). Dia tidak takut sesuatu pun melainkan Allah (dalam perjalanan itu)

Walaupun hadith ini lebih merujuk kepada hadith ramalan akhir zaman, akan tetapi sebahagian ulamak mengeluarkan hukum yang menyatakan kebenaran kepada wanita untuk bermusafir tanpa mahram. Syaratnya ialah, ada keperluan yang hampir sama hukumnya seperti haji, atau sekurang-kurangnya keperluan mendesak untuk berjalan tanpa mahram, dan terjamin keselamatan semasa di dalam perjalanan dan di destinasi permusafirannya.

Di akhir zaman ini, realiti hidup memang memerlukan wanita kerap keluar rumah atau berjalan tanpa mahramnya. Sebagai contoh, ada sesetengah isteri yang menjadi surirumah, di mana suaminya pergi bekerja selama beberapa hari. Sudah tentu si isteri perlu keluar tanpa mahram bagi mendapatkan bahan makanan dan seumpamanya, dengan syarat ada kebenaran suami, perjalanan yang terjamin selamat dan perjalanan itu tidak melencong ke tujuan lain.

Begitu juga dengan golongan pelajar wanita. Kebiasaannya institut pengajian sama ada di peringkat sekolah atau universiti letaknya jauh dari rumah. Kadang-kadang memerlukan pelajar wanita keluar bermusafir tanpa mahram untuk pergi ke kelas, tempat pengajian, kursus-kursus dan seumpamanya. Sekiranya pelajar wanita itu menaiki pengangkutan awam, maka ianya dibenarkan sekiranya diketahui umum syarikat pengangkutan awam itu mempunyai kredibiliti terhadap jaminan keselamatan penumpangnya. Sekiranya perlu menaiki kenderaan atau berjalan kaki, maka dibenarkan juga dengan syarat memang diketahui umum bahawa perjalanan ke destinasinya itu adalah selamat daripada kekacauan dan fitnah, dan pelajar wanita itu juga bersungguh-sungguh mematuhi undang-undang keselamatan ketika dalam perjalanan, dan memaklumkan perjalanan mereka kepada mahram mereka.

Begitu juga pekerja-pekerja wanita, maka dibenarkan untuk keluar tanpa mahram dengan syarat-syarat yang sama seperti di atas.

Sekiranya tiada keperluan, maka wanita perlu mengelakkan diri daripada berjalan tanpa mahram supaya tidak terjebak dengan larangan di atas. Pandangan Majlis Fatwa al-Azhar ini turut disokong oleh Dr Yusuf al-Qaradawi dan ditulis di dalam Ensiklopedia Feqh Islam. Sebahagian mereka meletakkan syarat, iaitu perlu wanita tadi bergerak keluar bersama-sama dengan kumpulan wanita yang lain yang mana secara adatnya akan terjamin daripada kekacauan dan fitnah.

Hukum ini perlu dilihat sebagai memberikan perlindungan dan penghormatan kepada wanita, dan bukannya satu diskriminasi gender atau meletakkan wanita di taraf yang rendah. Kesan fitnah ke atas wanita adalah berbeza dengan kesan fitnah ke atas lelaki, justeru banyak undang-undang perlindungan dikenakan ke atas wanita berbanding lelaki. Muhasabah diri kita bersama.. wassalam..

Wa’Allahua’lam.