BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS
Photobucket

"Ya Allah, jangan Engkau memberikan kepadaku
dari kenikmatan dunia yang terlalu banyak
agar
aku tidak melampaui batas larangan-Mu.
Jangan pula terlalu sedikit sehingga

aku lupa kepada-Mu.
Sesungguhnya yang sedikit tapi mencukupi,

lebih baik bagiku
daripada yang banyak tetapi melalaikan"

Sunday, November 15, 2009

DALIL YANG MENUNJUKKAN WANITA HAID TIDAK DILARANG MENYENTUH DAN MEMBACA AL-QURAN

Syaikh Nashiruddin al-Albani r.h berkata:

“Membaca al-Quran tanpa berwuduk adalah satu perkara yang diperbolehkan, kerana tidak ada suatu nash dalam al-Kitab (al-Quran) ataupun al-Sunnah yang melarang membaca al-Quran tanpa bersuci. Dan tidak ada perbezaannya dalam hal ini di antara seorang lelaki yang telah bersuci atau belum dan perempuan yang sedang haid ataupun tidak. Sebahagian dalilnya adalah hadis ‘Aishah di dalam Shahih Muslim bahawa Nabi s.a.w berzikir kepada Allah dalam segala keadaan. Yang dilarang wanita haid adalah solat. Larangan ini mengandungi hikmah yang sangat dalam, iaitu agar dia beribadah kepada Allah dalam keadaan suci sebagaimana sebelum datang haid. Kita tidak boleh mempersempitkan daerah ibadah yang dulunya (sebelum mereka haid) disyariatkan bersama dengan solat. Jika kemudian dia dilarang solat, ini bukan bererti dia dilarang daripada melakukan ibadah yang lain. Kita harus melapangkan apa yang telah Allah lapangkan untuk manusia” [Syaikh Muhammad Nashiruddin al-Albani, Fatwa-Fatwa Albani (edisi terjemahan Adni Kurniawan, Pustaka At Tauhid Jakarta, 2002), ms. 69-70]

Daripada ‘Aishah r.a, beliau berkata: “Nabi s.a.w sentiasa berzikir kepada Allah dalam segala keadaan” [H/R Muslim dalam Shahihnya, kiab al-Haid – no: 373]

Hadis ini menunjukkan bahawa dibolehkan berzikir termasuklah memaca al-Quran walaupun di dalam keadaan tidak berwuduk mahupun tidak suci dari hadas besar (seperti haid). Seterusnya perhatikan hadis berikut:

‘Aishah r.a berkata : Kami keluar (mengerjakan haji) bersama Nabi s.a.w. Tidaklah ada apa yang kami fikirkan melainkan ibadah haji. Ketika kami tiba di Sarif aku kedatangan haid. Lalu Nabi s.a.w masuk menemuiku dan aku sedang menangis. Maka baginda s.a.w bertanya: Apakah yang menyebabkan kau mengangis (wahai ‘Aishah)? Aku menjawab: Aku inginkan sekiranya aku tidak berhaji tahun ini. Baginda s.a.w : Apakah engkau sedang bernifas (kedatangan haid)? Aku menjawab: Ya. Baginda s.a.w bersabda: Sesungguhnya ia (haid) adalah sesuatu yang telah Allah tentukan untuk anak-anak perempuan (keturunan Nabi) Adam. Oleh itu, kerjakanlah setiap (ibadah) yang dikerjakan oleh orang yang sedang menunaikan ibadah haji kecuali tawaf di bait (Ka’bah) sehinggalah engkau di dalam keadaan suci” [H/R Muslim dalam Shahihnya, kitab al-Hajj – no: 1211]

Dalam hadis di atas Nabi s.a.w tidak melarang ‘Aishah memasuki masjid atau membaca al-Quran yang kebiasaannya dilakukan oleh mereka yang mengerjakan ibadah haji. Jika diandaikan larangan tersebut benar wujud, maka sudah pastilah Nabi s.a.w akan memperjelaskan hal itu kepada ‘Aishah. Namun yang jelas dalam hadis tersebut baginda hanya melarang ‘Aishah mengerjakan tawaf di Ka’bah, manakala ibadah yang lainnya seperti membaca al-Quran dan berzikir baginda s.a.w memerintahkan ‘Aishah “ ... kerjakanlah setiap (ibadah) yang dikerjakan oleh orang yang sedang menunaikan ibadah haji kecuali tawaf di bait ...”

Walau bagaimanapun sebahagian pihak yang beranggapan bahawa wanita haid diharamkan membaca dan menyentuh al-Quran berpegang kepada hadis yang diriwayatkan oleh ‘Abdullah ibnu ‘Umar seperti berikut:

“Janganlah orang yang didatangi haid atau berjunub membaca al-Quran walau sedikit daripada ayat al-Quran” [H/R al-Tirmizi di dalam Sunannya, kitab al-Thohaaroh – no: 121 dan Imam Ibnu Majah dalam Sunannya, kitab al-Thohaaroh wa Sunanuha – no: 588)

Bantahan : Hadis di atas tidak dapat dijadikan hujah kerana ia berdarjat dha’if (lemah). Menurut al-Imam al-Nawawi r.h :

“Adapun hadis Umar “Janganlah orang yang didatangi haid atau berjunub membaca al-Quran walau sedikit daripada ayat al-Quran”, maka ia diriwayatkan ole al-Tirmizi, Ibn Majah, al-Baihaqi dan lainnya. Ia adalah hadis yang dha’if, dilemahkan oleh al-Bukhari, al-Baihaqi dan selainnya. Kedha’ifan yang terdapat padanya jelas” [Majmu’ Syarh al-Muhazzab, jld. 2, ms. 123-125]

Oleh itu, sudah cukup memadai dengan bantahan di atas untuk menguatkan bahawa dalil-dalil di atas tidak selayaknya dipergunakan untuk dijadikan hujah untuk mewajibkan wuduk mahupun menyucikan diri dari hadis besar seperti wanita haid sebelum menyentuh atau membaca al-Quran. Saya hanya menyampaikan untuk perkongsian bersama, adapun kekurangan itu datangnya dari dalam diri saya. InsyaALLAH kalian mari kita muhasabah diri. Wallahu'alam...=)

0 comments: