BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

"Ya Allah, jangan Engkau memberikan kepadaku
dari kenikmatan dunia yang terlalu banyak
agar
aku tidak melampaui batas larangan-Mu.
Jangan pula terlalu sedikit sehingga

aku lupa kepada-Mu.
Sesungguhnya yang sedikit tapi mencukupi,

lebih baik bagiku
daripada yang banyak tetapi melalaikan"

Sunday, September 19, 2010

Aturan MU kesyukuran ku, muhasabah ku Hidayah MU




Alhamdulillah dengan segala ketentuan aturan Allah kepada insan yang lemah ini.. banyak pengalaman yang telah ana tempuhi, ana juga manusia biasa yang tidak sempurna pemikiran dan tingkah laku, terlalu banyak kelemahan yang ada pada diri ana.. ana ingin berkongsi kepada kalian kisah yang benar berlaku di mana letaknya kasih sayang Allah SWT kepada hamba-NYA..cerita ini di adap tasi dari kisah sebenar dan bukan nama sebenar..kisah ini mengenai cinta seorang wanita kepada lelaki yg akhirnya mengajarnya mencintai Allah..

***PENGENALAN DIRI AISYRAH***

Aisyrah seorang wanita yg lemah lembut, bertubuh kecil molek,rupa parasnya biasa je bolehlah dikenali sebagai seorang wanita, dan kehidupan yang sederhana saja dgn familynya. Sebagai anak sulung aisyrah tidak memandang hal2 yg berkaitan dgn cinta sesama insan, dia lebih menumpukan ikatan persahabatan dan familynya. Sekarang dia menduduki SPM, Alhamdulillah dengan izin dan rezeki Allah dia berada dalam aliran sains tulin. Study punya study habis-habisan lah…dia pun sampai ke SPM sebenar.. sehinggalah dpt result SPM, namun result SPM aisyrah agak mengecewakan familynya.. aisyrah kena berdepan dgn seluruh familynya untuk keputusan yg kurang memberansangkan itu..aisyrah berasa sangat kecewa dia tidak memdapat support dia familynya..dia pun membuat keputusan tidak mengapply mana2 IPT dan meneruskan STPMnya…sehinggalah aisyrah dpt tawaran ke sekolah lain dlm kos sains tulin gak.. aisyrah tahu dia tidak akan dapat bawa kos itu tapi di balik pemikirannya mungkin Allah member dia peluang untuk meneruskan..Alhamdulillah dia memberi tahu kehendaknnya pada familynya dan ibunya memberi sokongan walaupun ayahnya berat hati..

***KISAH BERMULA DI SEKOLAH BARU***

Alhamdulillah aisyrah dapat sokongan akhirnya dan selamat mendaftar sebagai pelajar di sekolah baru. Aisyrah tidak keserongan di sana, dia ada 5 org kawan2 dr sekolah lama bersama ke sekolah baru itu.. minggu orientasi dalam barisan, aisyrah perasan seorang lelaki yg dgn muka tak senyum memandangnya dgn serius..dalam hatinya “muka sombong je, tak taw nk senyum ke”..pada ketika nih pendapat aisyrah tentang lelaki itu berlagak juga lah..tp dia tidak ambil kisah sangat.. minggu orientasi pun dah habis..pembahagian kelas bermula, tidak di sangkanya budak lelaki itu sekelas dengan nya..first year dia tak rapat sangat dgn budak kelas yg lain..hanya bersembang dgn kawan2 lamanya..

Sehinggalah panggal baru bermula.. ada beberapa bulan lg nk STPM.. aisyrah study seperti biasa, dan dia tidaklah terlalu pandai dalam pembelajarannya..dlm test2 pun dia selalu fail..aisyrah dah nak hampir give up dah..hampir2 jugalah dia nk berhenti sekolah kerana berat nk bawa subjek STPM tu.. kalau nak katakan dia juga lah no uncit dlm kelas tu…

tp masih ada kekuatan dia teruskan juga.. kekuatan itu juga ada dr support kawan2nya, dan dia juga keberatan nk tinggalkan asrama..kerana di situlah dia banyak belajar pasal agama.. dia mengenali apa itu tabliq dan macam2 lg.. hujung minggu ada masa dia dan kawannya pergi ke majlis2 ceramah agama.. study dia pun no improvement..macam tu je lah.. hujung tahun iaitu last2 months dia di sekolah tu..agak kebimbangan juga lah dgn pelajarannya…dia hanya

berserah pada ALLAH jak lah.. sehingga ramdhan dan syawal menjelma…kebetulan last year dah and hari raya sahabat sekelasnya pun merancang mengunjungi rumah2 rakan2 di area tempat tu.. pada raya itu dia baru perasan budak lelaki yg dia jumpa time orientasi tu iaitu budak kelas dia jua ada sedikit kelainan..means aisyrah merasakan budak lelaki ini menyimpan perasaan padanya..tp pada masa nih dia just ignore je the feeling.. then selepas peristiwa raya itu budak lelaki itu try nk dekat dgn aisyrah…bg dia kawan2 just nk kena2kan dia je…bg dia couple among students tu tak penting, so ignorance lah… lg pun bg pandangannya pada lelaki tu seorang yg panas baran, perkara yg menakutkannya…so, sembang dgn org tu pun very rarely..STPM tibalah.. dgn redhanya..tanpa persediaan yg cukup aisyrah duduki je lah STPM tu…”tawakal tu ilallah”..

***SELEPAS ZAMAN PERSEKOLAHAN***

STPM pun dah habis, zaman persekolahan dah tamat, tp budak lelaki itu still keep on touch lah, dia messege, call..tnya khabar..sehinggalah lelaki itu meluahkan isi hatinya pada aisyrah.. “Allahu Akhbar! Apa aku lakukan..kenapa aku terima”..akhirnya..dia pun couple dgn lelaki itu dengan bersumberkan solat istikarahnya..sungguh tidak disangka..

Masa terus berlalu…sayangnya aisyrah dengan lelaki itu tidak dapat di hitung lagi..sehingga satu ketika tiba lelaki itu bertanyakan pada aisyrah tentang kesanggupannya menunggu sehingga ke penikahan…tempoh yg terlalu lama bagi aisyrah..8 tahun dia harus menunggu..”sanggupkah kau tunggu aku?aku ada matlamat lain lagi nak selesaikan,lepas tu baru lah kita bernikah ya..aku ingin mendapat pekerjaan yang tetap untuk rezeki keluargaku..aku ingin menghantar kedua ibubapa ku ke Mekah dulu,baru aku tenang dengan hubungan kita..sudikah kau??” Tanya lelaki itu pada aisyrah di messege phone nya..walau berat hati aisyrah untuk menerima…tapi kerana niat lelaki itu yang suci, dia pun sanggup untuk menunggu…

Entah apa yang berlaku…sehingga timbul konflik di antara aisyrah dengan lelaki itu.. mungkin aisyrah tidak matang lagi untuk mentafsir cinta..aisyrah terasa terbeban dengan mesej berterusan dr lelaki itu yg menginginkan perkara2 di luar kemampuan kekuatan jiwanya…”aisyrah aku berjanji akan menikahi mu, tapi bolehkah beri aku peluang, biarlah hubungan kita sampai di sini sahaja..aku ingin mendahulukan family aku dulu,dan aku akan berjanji akan menikahimu selepas semuanya selesai..”..tanpa di sedari jatuh air mata aisyrah membaca mesej dr lelaki itu… sehingga dia tidak tahu apa yg perlu dilakukan… balas aisyrah ”bolehkah kau pegang janji2 mu ini?,bagaimana jika kau beralih arah??” aisyrah terlalu takut untuk kehilangan lelaki itu.. kebimbangan yg membuat dia hilang arah … lelaki itu meyakinkan aisyrah lagi..” aku tidak akan mengawini mana2 wanita selain kau,jika kau berkahwin dengan orang lain, aku akan membawa diri ku jauh ke Negara Arab bersama cintaNYA” tegas lelaki itu.. dengan hati yang terguris…dia menerima keputusan lelaki itu..dia memegang janji itu..dan berjanji akan menunggu lelaki itu..

Untuk tidak memikirkan terus perkara itu, aisyrah meneruskan pelajarannya di Bandar besar..dengan keputusan yang tidak pernah di rancangnya.. jauh meninggalkan keluarga tersayang,kampung halaman, dan rakan2 yg yg sentiasa dirindui.. tibalah di Institut aisyrah study..dia mengenali pelbagai ragam manusia.. dia berlajar mengenali hidup berdikari jauh dari ibu ayahnya.. aisyrah ingat dia akan boleh melupakan perkara yg selalu bermain di otaknya… boleh dikatakan setiap detik dia menanggis di dalam hatinya kerana lelaki itu.. kenapa menjauh darinya… mesej dan call yang tidak pernah berbalas… macam2 yg aisyrah fikirkan… sehinggalah dia ingatkan lelaki itu tidak mahukan dia lagi.. dia hanya mengetahui perkembangan lelaki itu dari rakan2nya.. dia sentiasa berdoa akan harapan dan cita2 lelaki itu di kabulkan dengan cepat… walaupun,begitu hancur hati aisyrah… sepatah pun dia tidak mendengar dari suara lelaki itu..mahupun sehuruf sms..

Begitu masa terus berlalu..3 tahun telah meninggalkan janji2 mereka.. aisyrah tetap dengan hatinya…masih memegang janjinya itu..walaupun tidak tahu akan apa2 khabar berita tentang lelaki itu.. namun dia masih berpegang pada janji nya…sedikit pun rasa sayang di hatinya tidak pernah berubah… sehingga lah dia mendengar khabar berita dari rakan2nya bahawa lelaki itu telah pun berhijrah ke Bandar besar yang sama dengan pekerjaan yang tetap.. lega hati aisyrah mendengarnya..”Alhamdulillah Ya Allah..Engkau permudahkan segalanya…” hati aisyrah tersenyum..walaupun rasa kepedihan peristiwa semalam… masa tu harapannya kembali..bagaikan bunga kembang di pagi hari.. ternyata cintanya tidak pernah berubah sedikit pun.. dengan kuasa Allah, aisyrah dipertemukan dengan lelaki itu di salah satu website social.. mereka sebagai teman di situ… tetapi tidak ada apa2 interaksi…

Namun, ada perkara yang lagi menyedihkannya..banyak perkara yang berubah pada lelaki itu.. terutamanya cinta lelaki itu… hancur dan lebur hati aisyrah yg selama ini di jaganya untuk lelaki itu.. peristiwa “website social” ni telah membuka mata hati aisyrah dengan sebesar2nya.. lelaki itu berkata dia masih berpegang pada janjinya…dia menuding jari menyalahkan aisyrah kerna berstatus bukan single…sehingga menimbulkan kemarahan kepadanya..sehingga kemarahan itu mengubah cinta nya dengan sekelip mata... ”salahkah aku meletakan status ku dalam jalinan kiranya ku tahu aku masih ounya janji dengan mu” hati kecil aisyrah berirama peristiwa ini terlalu mengejutkan hati aisyrah..sungguhpun hancur hati aisyrah, namun dia masih ada sedikit harapan yg tersimpan pada lelaki itu..kerna lelaki itu menyatakan bahawa dia masih sayangkan aisyrah..tapi dia harus memilih jalan lain…iaitu meneruskan hidupnya pada orang lain…Terlalu bnayk yg bermain di kepala aisyrah.. “kenapa tetap ingin bersama yg lain,kiranya kau tidak menyintainya??kenapakah kau memilihnya untuk menjadi teman hidupmu kiranya kau tidak menyitainya??di manakah janji2 dahulu yg kau lafazkan..walau apa pun berlaku dia akan tetap akan menyintai aku… “ berjuta pertanyaan yang tidak ada jawapannya.. aisyrah hanya mampu menangis di dalam hatinya..

“Ya Allah, jika benar dia untuk ku maka tetapkanlah hati kami, maka jika dia bukan untukku, bawalah dia pergi jauh dariku Ya Allah..tunjukkan lah apa yang terjadi sebenarnya..bukalah pintu hati ku untuk menerima segalanya..”Doa aisyrah di sujudnya menghadap Allah…

Alhamdulillah janji Allah itu benar.. tibalah pada ketika ini… dimana aisyrah mengetahui siapa perempuan yg telah menjadi pencinta lelaki itu..”oh! Ya Allah! Rupanya dia..dia ni kawan aku” begitu kali yang keberapa hati aisyrah hancur teguris.. dia melihat janji2 yang telah terbina di antara lelaki dan perempuan itu.. hari2 yang mendatang dengan sepi..lagu2 yg tidak berirama.. begitulah diibaratkan..

Lama aisyrah memikirkan… dia mengetahui hubungan di antara lelaki dan perempuan itu sedang hangat.. perlukah lagi aku menyimpan harapan untuknya..Ya Allah temanilah aku Ya Allah.. sungguhpun payah untuk menerimanya..namun aku harus menerima itu dengan positif,sedangkan anak sungai pun berubah ini pula hati orang.. lagi pun dia tidaklah setanding dengan perempuan itu…jika dibandingkan seperti langit dan bumi bezanya… dengan beberapa alasan dia ambil untuk meninggalakan harapan dan janji2 nya itu..”mungkin aku tidak layak untuk bersamamu,dia lebih baik untuk bersamamu,dan tidak lah juga aku ingin mengecewakan rakanku yang sedang hangat dengan janji2 mereka, moga2 mereka bahagia dan berkekalan,sesungguhnya aku tidaklah setandingnya,aku masih banyak kekurangan lagi untuk di perbetulkan..” Hari itu terlalu banyak perkara yang aisyrah berlajar…Dengan hati yang sedih aisyrah telah menulis tentang sebuah puisi tentang mengenali apa itu cinta?..

**You make me learn what love is??

First I saw you, you said love come without we know..

You told me that love is only one special feeling come from heart for the one you loved..

Love is different for each person..It’s same like love to Allah.. the first and last love..

Love just for the one that you feelings, belief and make you will stay forever with it..

Then you told me that everything you do for me are love..

Until the time came you leave me.. And you give the love for the others..

I thought love it’s like that..

But you forgot to teach me that love is never change where ever you are,

Whoever you are, how long you are staying..

Love is never change it’s same like love to Allah..

Finally, one thing I learn without you taught..

Whatever happens, I’ll stay for my love..Because love it’s a feelings which I cannot changed when I loved..

Hari terus beerganti hari…aisyrah semakin tenang dengan hatinya kerana keputusan yang dia lakukan itu adalah untuk kebaikannya dan orang lain.. semoga ALLAH menjaga hati2 kami.. pengalaman ini mendewasakan cinta aisyrah..sehingga lah dia mengetahui cinta yang sebenar itu.. dia bercadang ingin menulis sebuah puisi tentang cinta… (**)

***MUSAHABAH CINTAKU***

Sesungguhnya air mata itu dari hati nurani kita..pada siapa air mata mengadu?? Sesungguhnya hanya pada Allah SWT…pengajaran dri cerita ini kembalilah kepada pemilik segala cinta, nescaya kan kau temukan cinta yang suci..kepada pemilik cintalah kita memohon cinta yg sejati..Yakinlah janji PASTI..

~Wassalam~

Annie

“Taqabbalallahu minna wa minkum”

0 comments: