BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS
Photobucket

"Ya Allah, jangan Engkau memberikan kepadaku
dari kenikmatan dunia yang terlalu banyak
agar
aku tidak melampaui batas larangan-Mu.
Jangan pula terlalu sedikit sehingga

aku lupa kepada-Mu.
Sesungguhnya yang sedikit tapi mencukupi,

lebih baik bagiku
daripada yang banyak tetapi melalaikan"

Sunday, November 15, 2009

PERTANYAAN-PERTANYAAN PARA IMAM MAZHAB AGAR MENDAHULUKAN HADIS ATAU SUNNAH NABI SAW YANH SAHIH DAN MENINGGALKAN UCAPAN-UCAPAN YANG MENYALAHINYA.


Sebagai peringatan bersama, seperkara yang perlu kita fahami dan renungi ialah dalam kita menerima sesuatu kebenaran apatah lagi ianya merupakan satu yang bersifat(pasti) dari Baginda saw, maka seorang Muslim itu hendaklah berlapang dada serta berfikiran terbuka dalam menerima tentang menjadikan persoalan Mazhab atau amalan kebiasaan masyarakat sebagai garis penentu atau penghalang kepeda usaha menjelaskan sesuatu perkara yang haq(benar) dan bersabit dengan Rasulullah saw yang sahih.

Perlu kita sedari bahawa dikalangan para Imam Mazhab sendiri, mereka amat mementingkan Sunnah Rasulullah saw di atas ajaran mereka kerana hakikatnya pada mereka Sunnah Rasulullah saw itulah wajib diutamakan; bukannya ajaran mereka semata-mata. Dalam erti kata lainnya mereka amat melarang keras seseorang individu Muslim itu daripada berlaku taksub dan bertaklid secara membuta tuli terhadap apa sahaja yang di bawa atau di ajarkan oleh Mazhab-mazhab, syeikh-syeikh atau tok-tok guru tertentu tanpa menimbangkannya terlebih dahulu di atas neraca al-Quran dan As-Sunnah Rasulullah saw yang sahih.

Inilah manhaj atau prinsip dan ajaran para Imam Mujtahidin dalam menegakkan, membela serta mempertahankan sunnah Rasulullah saw. Merekalah (para Imam Mazhab) yang menyuruh kita untuk mengikuti dalil yang benar dan melarang kita daripada bertaklid membuta tuli kepada mereka ( apalagi selain daripada mereka) apabila dalil yang mereka bawakan itu adalah lemah dan telah jelas bagi kita. Mereka mengetahui bahawa semua pendapat boleh diterima dan boleh ditolak kecuali ucapan Nabi Muhammad saw kerana Baginda adalahmaksum, sedangkan mereka (termasuk ulama selain mereka) tidaklah sedemikian.

Setiap orang dari para Imam mazhab yang empat telah berwasiat kepada umat Islam seluruhnya agar mentaati al-Quran dan al-Sunnah sahih; bukan ajaran atau pendapat mereka semata-mata. Inilah mereka tegaskankerana menyedari akan hakikat sebenar diri mereka sebagai manusia biasa yang ada kelemahan dan kekurangan. Walaupun semua ini diiktiraf dan disanjung keilmuannya oleh orang ramai, mereka tetap dengan penuh rendah diri mengakui bahawa adakalanya mereka boleh tersilap atau kurang tepat dalam mengeluarkan pendapat mereka.

Berpijak di atas kenyataan ini, maka adalah lebih baik kiranya di sini saya paparkan sebahagian daripa ucapan-ucapan dari mereka. Di harap dengan pendedahan ini dapat menjadi pengajaran dan peringatan bagi mereka yang taklid kepada para Imam atau kepada ucapan manusia yang lainnya dengan cara membuta tuli. Berikut akan di paparkan wasiat-wasiat mereka, dimulai dengan tumpuan khas kepada wasiat Imam al-Syafi’ie r.h memendangkan majoriti atau kebanyakannya rakyat Malaysia cenderung dan mengaku sebagai pengikut setia kepada Mazhab Syafi’ie:

Wasiat al-imam Muhammad bin idris asy-syafi’ie

(pengasas mazha syafi’ie)

Katanya: setiap hadis yang sah daripada Rasulullah saw adalah juga ajaran aku walaupun engkau tidak pernah mendengarnya daripada aku sebelum ini.

Katanya: dalam setiap isu, apabila seseorang alhi Hadis itu menjumpai sebuah riwayat yang sahih daripada rasulullah saw dan riwayat itu pula bercanggah dengan ajaranku, maka aku menarik balik kembali ajaran aku yang asal tadi sama ada semasa aku masih hidup atau apabila aku sudah meninggal dunia.

Katanya: Pertama, sesuatau berita itu daripada Rasulullah saw wajib diterima. Kedua , berita tersebut ataupun hadis tersebut wajib diterima jika ianya telah disahkan(sahih) waaupun tiada di anatara imam-iamam sebelum ini yang mengamalkan atau mengajarkan sesuatau daripada hadis tersebut.

Katanya: Akan tetapi jika sunnah menyatakan bahawa seseorang itu harus melakukan sesuatu perkara itu sebegini-sebegini (sebagaimana yang diterangkan oleh hadis tersebut-pen), seseorang itu wajib meninggalkan apa yang sedang atau dia lakukan. Sesorang wajib meninggalkan amalan yang bertentangan dengan sunnah.

Maksudnya: setiap hadis (sahih) yang datang dari Nabi saw merupakan pendapatku walaupun kamu tidak pernah mendengarnya sendiri daripadaku(ajaranku).

Katanya: seluruhumat Islam berijma(bersepakat) bahawa orang yang telah jelas baginya (setelah diterangkan padanya akan) sunnah Rasulullah saw, tidak halal baginya untuk meninggalkan hanya disebabkan oleh orang lain( yakni mengikut pengaruh atau pendapat orang lain).

Katanya: Apabila kamu mengatahui suatu pendapatku yang ternyata menyalahi Hadis Nabi saw yang sahih , ketahuilah bahawa hal itu bererti pendapatku yang tidak berguna (yakni pendapatnya tidak boleh diamalkan).

Katanya: Setiap perkataanku apabila berlainan dengan riwayat sahih dari Nabi saw, hadis Nabi lebih utama (untuk diikuti) kepadaku.

Katanya: Hai Abu Ishaq, janganlah engkau mengikuti begitu sahaj segala yang aku ucapkan, kajilah (perhatikan dengan telietilah-pen) dahulu kerana apa yang aku ucapan ini adalah masalah agama.

Wasiat al-imam abu hanifah al-nu’man bin tsabit

(pengasas mazhab hanafi)

Katanya: sesungguhnya kami manusia (adakalanya benar dan adakalanya tersilap), kami berkata sesuatau pada hari ini kemungkinan kami akan menarik kembali kata-kata tersebut pada keesokkanya.

Katanya lagi: sekiranya aku berkata sesuatu yang bercanggah dengan kitab Allah(al-Quran) dan khabar(hadis) rasulullah saw. Maka tinggalkanlah pendapatku.

Katanya: Tidak halal bagi seseorang mengikuti perkataan kami bila dia tidak tahu dari mana kami mengambil sumbernnya(dalilnya).

Wasiat al-imam malik bin anas

(pengasas mazhab maliki)

Maksudnya: tidak ada perkataan manusia selepas Nabi kecuali sama ada iana diterima atau ditolak, melainkan perkataan Nabi saw.

Maksudnya ; sesungguhnya, aku ini manusia, ada salah ada betul. Maka, perhatikanlah pendapatku, setiap yang menepati Kitab san Sunnah, ambillah(penganglah) ia dan setiap yang bercanggah dengan kedua-duanya, maka tinggalkanlah.

Wasiat al-imam ahmad bi hanbal

(pengasas ,mazhab hanbali)

Maksudnya: janganlah kamu taklid ( ikut mambuta tuli) kepadaku dan jangan kepada Malik, al-Syafi’ie, al-Auzaie atau al-Tsauri tetapi ambillah dari sumber (dalil) mereka mengambil.

Maksudnya: pendapat alAuzaie, Malik, Abu Hanifah, semuanya hanya pendapat, padaku semuanya sama teteapi yang dikira hujah itu ailah atsar (hadis/sinnauh yang sahih).

Maksudnya: Sesiapa yang menolak (menentang/membantah) hadis Rasulullah saw (yang sahih), dia telah berada di tepi jurang kehancuran.

Maksudnya: Dapatkalah ilmu dengan cara yang ditempuh oleh para imam mujtahid dalam mendapatkan ilmu; dan janganlah berpuas hati dengan hanya bertaklid kerana taklid itu bagaikan orang buta.

Namun apa yang sangat dikesalkan ialah apabila ada dalam kalangan umat Islam yang kononnya mengaku sebagai pengikut Mazhab Syafi’ie kelihatan begitu keterlaluan dalam mentaati ajaran mazhab sehingga membalakangkan ketaatan begitu keterlaluan dalam mentaati ajaran mazhab sehingga membalakangkan ketaatan kepada al-Quran dan al-Sunnah yang sahih. Kerana kejahilan mereka terhadap sunnah Rasulullah ditambah dengan semangat taksub membuta tuli mereka kepada ajaran-ajaran mazhab, syaikh, tok guru, ustaz dan ustazah tertentu, menyebabkan mereka begitu mudah meninggalkan hadis sahih rasulullah dan mengenepikan wasiat Imam Syafi’ie ini.

Sungguhpun pun telah jelas pada mereka bahawa terdapat sebahagian daripada amalan atau penganggan mereka selama ini yang bercanggah dengan hadis atau sunnah Rasulullah saw yang sahih, namun ada dalam kalangan mereka yang begitu keras membela amalan dan pegangan tersebut. Sikap seperti ini dikenali sebagai syirik fi tawhid al-Ittiba’ yang barmaksud menyekutukan ketaatan kepada Allah dan Rasul-Nya sebagai penyumber Syari’at dengan sesuatu yang lain.

Ini kerana ketaatan dalam hal syari’at hanyalah kepada Allah dan Rasul-Nya iaitu al-Quran dan al-Sunnah yang sahih. Apabila seorang manusia manjadikan manusia yang lain sebagai sumber syari’at Islam yang ditaatinya, maka secara tidak langsung dia telah menjadikan manusia itu seolah-olah setaraf dengan kedudukan Allah dan Rasul-Nya. Dalam hari ini, Dr.Yusuf al-Qaradhawi berkata:

“Telah diketahui dengan pasti bahwa tidak ada kewajipan oleh Allah dan Rasul-Nya. Sedangkan Allah dan Rasul-Nya tidak mewajipkan kita mentaati orang-orang tertentu sekalipun memiliki ilmu yang luas…Tindakan (mentaati ajaran mazhab)bererti menempatkan para imam mazhab sebagai pembuat syari’at atau menganggap pendapat mereka sebagai dalil syaria’at yang tidak boleh dibantah…sehingga menyerupai perbuatan para Ahli kitab yang menjadikan rahib-rahib dan pendeta=pendeta (ulama’-ulama’) mereka sebagai tuhan selain Allah”

Diharap dengan adanya pendedahan yang cukup ringkas lagi sederhana ini dapat menjadi peringatan bagi mereka yang taklid kepada para imam atau kepada ucapan manusia yang lainnya dengan cara membuta tuli. Marilah kongsi bersama…Wallahu’alam..=)


DALIL YANG MENUNJUKKAN WANITA HAID TIDAK DILARANG MENYENTUH DAN MEMBACA AL-QURAN

Syaikh Nashiruddin al-Albani r.h berkata:

“Membaca al-Quran tanpa berwuduk adalah satu perkara yang diperbolehkan, kerana tidak ada suatu nash dalam al-Kitab (al-Quran) ataupun al-Sunnah yang melarang membaca al-Quran tanpa bersuci. Dan tidak ada perbezaannya dalam hal ini di antara seorang lelaki yang telah bersuci atau belum dan perempuan yang sedang haid ataupun tidak. Sebahagian dalilnya adalah hadis ‘Aishah di dalam Shahih Muslim bahawa Nabi s.a.w berzikir kepada Allah dalam segala keadaan. Yang dilarang wanita haid adalah solat. Larangan ini mengandungi hikmah yang sangat dalam, iaitu agar dia beribadah kepada Allah dalam keadaan suci sebagaimana sebelum datang haid. Kita tidak boleh mempersempitkan daerah ibadah yang dulunya (sebelum mereka haid) disyariatkan bersama dengan solat. Jika kemudian dia dilarang solat, ini bukan bererti dia dilarang daripada melakukan ibadah yang lain. Kita harus melapangkan apa yang telah Allah lapangkan untuk manusia” [Syaikh Muhammad Nashiruddin al-Albani, Fatwa-Fatwa Albani (edisi terjemahan Adni Kurniawan, Pustaka At Tauhid Jakarta, 2002), ms. 69-70]

Daripada ‘Aishah r.a, beliau berkata: “Nabi s.a.w sentiasa berzikir kepada Allah dalam segala keadaan” [H/R Muslim dalam Shahihnya, kiab al-Haid – no: 373]

Hadis ini menunjukkan bahawa dibolehkan berzikir termasuklah memaca al-Quran walaupun di dalam keadaan tidak berwuduk mahupun tidak suci dari hadas besar (seperti haid). Seterusnya perhatikan hadis berikut:

‘Aishah r.a berkata : Kami keluar (mengerjakan haji) bersama Nabi s.a.w. Tidaklah ada apa yang kami fikirkan melainkan ibadah haji. Ketika kami tiba di Sarif aku kedatangan haid. Lalu Nabi s.a.w masuk menemuiku dan aku sedang menangis. Maka baginda s.a.w bertanya: Apakah yang menyebabkan kau mengangis (wahai ‘Aishah)? Aku menjawab: Aku inginkan sekiranya aku tidak berhaji tahun ini. Baginda s.a.w : Apakah engkau sedang bernifas (kedatangan haid)? Aku menjawab: Ya. Baginda s.a.w bersabda: Sesungguhnya ia (haid) adalah sesuatu yang telah Allah tentukan untuk anak-anak perempuan (keturunan Nabi) Adam. Oleh itu, kerjakanlah setiap (ibadah) yang dikerjakan oleh orang yang sedang menunaikan ibadah haji kecuali tawaf di bait (Ka’bah) sehinggalah engkau di dalam keadaan suci” [H/R Muslim dalam Shahihnya, kitab al-Hajj – no: 1211]

Dalam hadis di atas Nabi s.a.w tidak melarang ‘Aishah memasuki masjid atau membaca al-Quran yang kebiasaannya dilakukan oleh mereka yang mengerjakan ibadah haji. Jika diandaikan larangan tersebut benar wujud, maka sudah pastilah Nabi s.a.w akan memperjelaskan hal itu kepada ‘Aishah. Namun yang jelas dalam hadis tersebut baginda hanya melarang ‘Aishah mengerjakan tawaf di Ka’bah, manakala ibadah yang lainnya seperti membaca al-Quran dan berzikir baginda s.a.w memerintahkan ‘Aishah “ ... kerjakanlah setiap (ibadah) yang dikerjakan oleh orang yang sedang menunaikan ibadah haji kecuali tawaf di bait ...”

Walau bagaimanapun sebahagian pihak yang beranggapan bahawa wanita haid diharamkan membaca dan menyentuh al-Quran berpegang kepada hadis yang diriwayatkan oleh ‘Abdullah ibnu ‘Umar seperti berikut:

“Janganlah orang yang didatangi haid atau berjunub membaca al-Quran walau sedikit daripada ayat al-Quran” [H/R al-Tirmizi di dalam Sunannya, kitab al-Thohaaroh – no: 121 dan Imam Ibnu Majah dalam Sunannya, kitab al-Thohaaroh wa Sunanuha – no: 588)

Bantahan : Hadis di atas tidak dapat dijadikan hujah kerana ia berdarjat dha’if (lemah). Menurut al-Imam al-Nawawi r.h :

“Adapun hadis Umar “Janganlah orang yang didatangi haid atau berjunub membaca al-Quran walau sedikit daripada ayat al-Quran”, maka ia diriwayatkan ole al-Tirmizi, Ibn Majah, al-Baihaqi dan lainnya. Ia adalah hadis yang dha’if, dilemahkan oleh al-Bukhari, al-Baihaqi dan selainnya. Kedha’ifan yang terdapat padanya jelas” [Majmu’ Syarh al-Muhazzab, jld. 2, ms. 123-125]

Oleh itu, sudah cukup memadai dengan bantahan di atas untuk menguatkan bahawa dalil-dalil di atas tidak selayaknya dipergunakan untuk dijadikan hujah untuk mewajibkan wuduk mahupun menyucikan diri dari hadis besar seperti wanita haid sebelum menyentuh atau membaca al-Quran. Saya hanya menyampaikan untuk perkongsian bersama, adapun kekurangan itu datangnya dari dalam diri saya. InsyaALLAH kalian mari kita muhasabah diri. Wallahu'alam...=)

~IKUTILAH AS-SUNNAH



“Katakanlah: Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku (Rasulullah s.a.w.), niscaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu. Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.”
(QS. Ali 'Imraan, 3:31)


لَقَدْ كَانَ لَكُمْ فِي رَسُولِ اللَّهِ أُسْوَةٌ حَسَنَةٌ لِمَنْ كَانَ يَرْجُو اللَّهَ وَالْيَوْمَ الآخِرَ وَذَكَرَ اللَّهَ كَثِيرًا


“Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu (iaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah.”
(QS. Al Ahzab, 33:21)