BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS
Photobucket

"Ya Allah, jangan Engkau memberikan kepadaku
dari kenikmatan dunia yang terlalu banyak
agar
aku tidak melampaui batas larangan-Mu.
Jangan pula terlalu sedikit sehingga

aku lupa kepada-Mu.
Sesungguhnya yang sedikit tapi mencukupi,

lebih baik bagiku
daripada yang banyak tetapi melalaikan"

Sunday, December 26, 2010

Buat Mata Yang Sedang Menangis




Duhai mata yang sedang menangis..

Mungkin tika ini kau sedang bahagia, mungkin juga kau sedang berduka.. apapun situasimu, air yang mengenangi kelopak matamu dan mengalir ke pipi ialah anugerah Allah SWT yang tidak terhingga. Ia mampu membuang racun di tubuhmu..

Kemudian disusuli ketenangan jiwa.. bersyukurlah pada-NYA kerana hingga saat ini kau masih mampu menangis…

Aduh!

Sungguh hairan ku melihat orang yang merasakan tangisan itu satu kelemahan, malah menganggapnya satu lambang ketidakmatangan… sedangkan Allah SWT merakam mulia sebuah tangisan dalam firman-NYA, “Dan mereka mengukur(sujud) di atas muka mereka sambil menangis dan bertambah khusyuk” ( Surah al-isra’ 17:109).. “apabila di bacakan ayat-ayat Allah Maha Pemurah kepada mereka, maka mereka menyungkur dengan bersujud dan menangis..” (Surah Maryam 19:58)

Duhai mata yang menangis….

Tahukah dikau jika di kaji dari perspektif sains, dalam tangisanmu mampu menjadi terapi kesihatan yang berguna dalam merawat penyakit berbahaya.. tatkala dirimu dalam ketakutan, unsur – unsur berbahaya di jana oleh tubuh air mata secara semula jadi boleh membuangnya, otak pula bekerja mengeluarkan unsur2 kimia daripada airmata. Bukan itu sahaja tangisan menambah degupan jantung sebagai latihan berguna buat sekatan rongga2 badan, kedua2 bahu dan urat2 dada. Setelah tangisan mu reda, kembalilah degupan jantung ke asalnya dan ketenangan mula menguasai jiwa..Subahanallah! hebat sungguh penciptaan air mata..

Duhai mata yang sedang menangis….

Tangismu bukan suatu keaiban tapi satu keperluan. Sama ada kau lelaki atau wanita, kau perlu pada tangisan, ia menjernihkan kornea dan menajamkan penglihatan. Ia juga meringankan ketenangan jiwa. Ia mengungkap kesedihan lalu merungkaikan beban yang tersimpan. Jika kau lelaki, kenapa perlu malu pada tangisan? Mungkin sosiobudaya mendidikmu bahawa tangisan itu adalah satu kelemahan dalam mengendalikan kemampuan. Kau mungkin dipisahkan antara diri dengan perasaanmu sendiri oleh didikan silam. Apapun, tidak siapa dapat menafikan kau juga insane yang mempunyai hati dan perasaan. Isi hatimu kadangkala perlu diluahkan dengan tangisan untuk mengurangkan risiko dan tekanan penyakit. Usah menipu diri dan berlagak kuat dengan menafikan air mata kerana kelak badanmu mendapat darurat.

Jika kau wanita,kau mungkin lebih banyak menangis daripada lelaki. Tahukah dikau, penyayangnya Allah SWT padamu hingga dia menciptakan kelenjar2 air matamu lebih besar daripada kelenjar 2 air mata lelaki. Tidak hairanlah kajian ilmiah menunjukkan dikau menangis empat kali lebih daripada lelaki. Ia antara penyebab panjangnya usiamu berbanding lelaki. Masakan tidak air matamu keluar bersama keluarnya peratusan racun dari tubuhmu. Doctor pakar mata berkata, ait mata penting untuk menyucikan mata daripada racun yang keluar akibat ketegangan urat2 saraf perasaan dan emosi yang tidak stabil.

Duhai mata yang sedang menangis…

Sungguh bertuah kau masih mampu menangis..

Usah ditahan tangisan itu.. luahkannya dengan rasa takut dan harap pada Tuhammu. Benar, tangisanmu itu tidak dapat mengembalikan masa lalumu. Jangan biarkan tangisan itu membibitkan kabus pada masa depanmu. Anggaplah ia sebahagian daripada masa sekarangmu untuk melonjakkan amal dan perubahan untuk hari esok.

“sesungguhnya tangisan kerana Allah SWT ketika gembira atau derita ialah ubat mujarab untuk mencari ketenangan hidup. Dengarlah pesanan Rasulullah saw dalam menyampaikan kalam Yang Esa, “aku haramkan neraka kepada mata yang selalu menangis kerana takut kepada Allah.” ( Riwayat Ahmad dan al-Nasa’i)

Sumber : Fatimah Syarha Mohd Noordin

0 comments: